Puteri Sarah kongsi foto2 Diana Danielle, disangka adik beradik dipuji pula ‘professional

Sponsored

Satu muat naik oleh pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana diruangan media sosial, Instagram (IG) miliknya ternyata menarik perhatian lebih 20,000 tanda suka ditinggalkan ramai apabila dia berkongsikan dua keping foto dan menulis kapsyen, “Long lost friend connected again.”

Foto-foto tersebut memaparkan Puteri Sarah Liyana bersama pelakon, Diana Danielle yang mengundang ramai tertarik dengan posting Puteri Sarah Liyana apabila dia begitu mesra berfoto dengan rakannya itu.

Sponsored

Foto bersama raih ribuan tanda suka

Puteri Sarah Liyana mahupun Diana Danielle, dua-dua pelakon ini aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak tahun 2000 dan merupakan antara selebriti wanita popular ketika itu dengan pelbagai jenis watak dilakonkan mereka.

Sponsored

Walau bagaimanapun, perkongsian foto oleh Puteri Sarah Liyana itu membuatkan dia dan Diana Danielle disangka adik-beradik kerana wajah mereka yang dikatakan mempunyai iras sehingga ruangan komen ditinggalkan ratusan respon.

Ramai kata wajah sama

Sponsored

Selain dihujani dengan reaksi mengatakan wajah mereka seiras, Puteri Sarah Liyana dan Diana Danielle juga dipuji professional dan ada juga yang mengatakan mereka dua wanita yang hebat. Untuk info, masing-masing merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata.

‘Dua dua cantik’

Puteri

‘Bila nak berlakon sekali boleh jadi best friend or kak dengan adik’

Puteri Sarah

‘Eee macam twins cantik’

Dua dua cantik. Muka macam ada iras iras je keduanya’