Netizen terkedu dapat tonton ‘house tour’ Nabila Razali, “Woww just wowww”

Sponsored

Sebut sahaja nama Nabila Razali, tentu ramai yang begitu mengenalinya dalam dunia hiburan tanah air sebagai seorang pelakon dan penyanyi. Nabila Razali atau turut mesra dipanggil Bella bagaimanapun sering menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Nabila Razali merupakan selebriti wanita yang jarang berkongsikan apa yang dimilikinya, jadi melihatkan satu perkongsian video house tour Nabila Razali mencetuskan ramai begitu tertarik untuk menontonnya.

Sponsored

House tour Nabila Razali jadi tumpuan

Menerusi satu perkongsian ini, Nabila Razali dilihat membuka pintu rumahnya dan kehadiran seorang individu disambut gembira olehnya. Sambil berjalan dalam rumah, Nabila Razali sempat menjawab beberapa soalan yang mencetuskan sedikit sebanyak ramai yang tahu mengenai dirinya.

Sponsored

Namun begitu, muat naik video ini mengundang rasa terkedu netizen dan peminat Nabila Razali sendiri apabila suasana dan rekaan dalam rumahnya membuatkan ramai tertarik.

“Cantiknya rumah Nabila Razali,” tulis pemilik akaun tersebut yang mana rata-rata netizen yang melihat juga sama merasa terpukau dengan rumah pelakon ini dan akui bahawa rumahnya kelihatan cantik dan besar.

Sponsored

‘Suka tengok rumah dia, tahniah hasil titik peluh, suka juga tengok dia berlakon’

‘Rumah mak pak dia… pun besar dua tingkat’

‘Lawanya rumah, boleh dijadikan rumah untuk berlakon orang-orang kaya’

‘Memang cantik rumah bella. Sumber inspirasi Bella juga. Dia arkitek kalau bukan penyanyi. Lawa la Bella’