Rider Guna Cara Kreatif Tampal Nota Promosi Lagu Sendiri, Netizen Bagi Sokongan Padu! “Support Lagu Baru Saya…”

Sponsored

Bukan mudah untuk mencipta nama dalam bidang hiburan apatah lagi untuk mendapat sokongan dari orang ramai. Baru-baru ini pula, tular di Twitter perkongsian seorang individu tentang cara kreatif seorang ‘rider’ ini dalam mempromosikan lagu terbaru nyanyiannya.

Di dalam hantaran yang dikongsikan di Twitter itu, kelihatan seorang ‘rider’ Foodpanda yang berhenti di sebuah lampu isyarat merah. Dalam masa yang sama, kelihatan satu nota ditampal pada delivery bag yang berada di belakangnya.

Sponsored

Di dalam nota itu, ‘rider’ tersebut mempromosikan lagu terbaru nyanyiannya dan berharap orang ramai dapat memberikan sokongan mereka. Malah dia juga turut memberikan tajuk lagunya itu untuk ditonton di platform YouTube.

“Hi guys, boleh tolong support lagu baru saya ‘Amuthavalli di YouTube.”

Sponsored

Perkongsian itu kemudiannya menjadi viral di Twitter di mana rata-rata netizen memberikan sokongan mereka kepada penyanyi itu. Berdasarkan tinjauan di YouTube, muzik video tersebut telah pun menerima 138,000 tontonan sebaik sahaja ianya viral dikongsikan di Twitter.

Difahamkan, ‘rider’ berbangsa India itu merupakan penyanyi yang dikenali dengan nama RMC Prethip dan bekerja sebagai penghantar makanan secara sambilan. Setakat ini, ruangan komen di muzik video itu juga dihujani dengan komen-komen positif dari netizen yang memberikan sokongan padu buat ‘rider’ tersebut.

Sponsored

“Hai saya dari Facebook. Walaupun tak faham tapi kenapa saya dengar sambil senyum-senyum sendiri…”

“Aku datang ke sini sebab nampak beg foodpanda, siapa sama?”

Netizen turut memberikan pujian pada kualiti lagu tersebut yang dikatakan rancak dan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Dalam masa yang sama, orang ramai turut mendoakan yang terbaik untuk perjalanan karier ‘rider’ itu sebagai seorang penyanyi.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.