Sebelum ini, kecoh tentang peserta program Gegar Vaganza musim ke-9 iaitu Fuad Rahman dan Tom yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta. Spekulasi tersebut mula timbul selepas tular gambar pasangan itu mesra berpelukan.
Hubungan mereka kemudian disahkan sendiri oleh Fuad Rahman yang memuat naik status ‘In a relationship’ bersama Tom di akaun Facebook miliknya. Dalam masa yang sama, timbul isu mengenai rumah tangga Fuad yang dikatakan dia kini di dalam proses bercerai dengan bekas isterinya.
Namun kini muncul pula kontroversi baru apabila ada individu yang mendakwa Fuad Rahman masih lagi bergelar suami orang. Malah tambah individu tersebut, nombor pendaftaran kes perceraian di mahkamah syariah Singapura juga tidak wujud.
“Talak berapa Fuad? Tak ada lafaz apa pun tak ada tarikh iddah pun. Dua-dua belum jejakkan kaki ke pintu mahkamah. Apa yang self claim dalam proses?”
Jelasnya, tiada istilah ianya masih di dalam proses kerana sekiranya betul pasti akan ada nombor pendaftaran kes. Dalam masa yang sama, dia turut meminta Fuad untuk menunjukkan surat sebagai bukti kerana menurutnya surat mahkamah notis kedatangan juga tiada.
“Untuk semua fans yang support and ship dua makhluk ni sama ada korang 3rd party atau korang memang pernah curang and ada niat mencurang.”
Individu itu turut meminta pihak media untuk tidak menyebarkan pembohongan tersebut dan mengkritik tindakan Tom yang dikatakan meruntuhkan rumah tangga wanita lain. Terdahulu, Fuad menafikan Tom sebagai perampas dan menegaskan dia dan isterinya di dalam proses bercerai di mahkamah.
Difahamkan juga, hubungan percintaan di antara mereka mula berputik selepas program Gegar Vaganza musim ke-9 menamatkan tirainya. Fuad juga mendedahkan dia sudah berpisah dengan isterinya pada sekitar bulan Oktober lalu.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.