Norman Hakim Disebalik Zirafah Buat Ramai Terkejut, Akui Tak Mudah Berada Di Dalam Maskot

Sponsored

Memasuki minggu keenam rancangan hiburan berjudul The Masked Singer Malaysia, pada Jumaat pemakai maskot zirafah telah terkeluar. Siapa sangka tekaan Kak Lina Pompom tepat sekali iaitu Norman Hakim di sebalik maskot zirafah berkenaan.

Selama enam minggu itu juga tiada netizen dan juri yang meneka pelakon bertubuh sasa ini adalah di sebalik maskot berkenaan. Bagaimanapun pendedahan pada episod terbaharu itu telah membuatkan ramai terkesima.

Sponsored

Buat yang tertinggal episod ini berikut adalah klip video pendek Norman Hakim di sebalik Zirafah membuat persembahan pada malam tersebut:

Untuk info, Norman Hakim dulu pernah bergelar seorang penyanyi selain berlakon. Norman Hakim menyertai kumpulan dikenali dengan nama Impression.

Sponsored

10 Bulan Rahsiakan Penyertaan

Terbaharu, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon berkongsikan video pendek perjalanan sebagai maskot Zirafah dalam rancangan berkenaan.

Malah turut diluahkan tentang perjalanan dan perasaannya sepanjang menyertai The Masked Singer Malaysia itu. Menurutnya bukan mudah untuk berada di dalam maskot itu dan membuat persembahan.

Sponsored

Selain itu pelakon ini turut akui perlu merahsiakan perkara tersebut selama 10 bulan. Sempat juga dikongsikan reaksi anak-anaknya bila menyaksikan dan mengetahui Norman Hakim di sebalik Zirafah itu.

Disebabkan pengalaman tersebut juga Norman Hakim turut dedikasikan usaha itu kepada mereka yang mencari rezeki di sebalik maskot untuk hiburkan orang ramai.

@normanhakim_786

Ye…saya a.k.a ZIRAFAH🦒 The journeys…6 minggu berjuang.3 bulan fizikal & roh bergabung.10 bulan simpan rahsia.Akhirnya terbongkar jua.Hahhaha legaaaa… Terima kasih @astromalaysia , team produksi insan2 hebat dibelakang tabir The Masked Singer Malaysia Musim Ke-3 @lyd_shinoda @dausmahadi @fishsalleh @safwankassim @farrafysalle @zairaof @yanamajied @titaaem @rizal_zaman @bowthuck @k.aman90 @nabilroxx @orked23 , costume designer Kak @akma_costume ,vocal teachers @cikgushafi @azrinnoor , transporters, pengacara @dacdatoac , kengkawan juri @iamellymazlein @mishaomar @zul_ariffin @ellaaminuddins @shuibsepahtu @sharnaazahmad @emma_maembongofficial @akueatu @ladydidiemsia & maskot2 seperjuangan. Tak mudah ye duduk beraksi dalam maskot ni.Khusus untuk Zirafah, cabarannya adalah utk bertahan dgn leher dia yang panjang & berat tu.Kalau leher tak fit mmg boleh kejung tengkuk😅 Selain dari pengalaman baru,saya dedikasikan usaha ni khusus buat sahabat2 yang mencari rezeki disebalik maskot yang beratus dan mungkin beribu dekat luar sana. Ada yang pakai maskot Spiderman berniaga teh ais tepi jalan, ada husband & wife pakai maskot Mickey & Minnie Mouse hiburkan pengunjung keluar masuk shopping mall & ramai lagi. Apa jugak maskot,jangan lelah utk terus berjuang demi survival kehidupan.Yang penting mencari rezeki yang halal.Saya tahu bukan mudah nak duduk berejam dalam kantung maskot ni.Mana nak bernafas,nak bercakap,nak kencing dan sebagainya. Khusus buat Zirafah,terima kasih banyak2 utk kenangan terindah ini.Jodoh kita hanya sampai disini.In shaa Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Jaga diri baik2 k🦒

♬ Semua Tentang Kita – NOAH

“Saya dedikasikan usaha ni khusus buat sahabat2 yang mencari rezeki disebalik maskot yang beratus dan mungkin beribu dekat luar sana. Ada yang pakai maskot Spiderman berniaga teh ais tepi jalan, ada husband & wife pakai maskot Mickey & Minnie Mouse hiburkan pengunjung keluar masuk shopping mall & ramai lagi.

Bukan Mudah Berada Dalam Maskot Hiburkan Orang

Malah Norman Hakim juga akui bukan mudah untuk memakai maskot berkenaan dan berkongsikan pengalamannya sendiri yang susah dalam segala hal.

“Apa jugak maskot,jangan lelah utk terus berjuang demi survival kehidupan.Yang penting mencari rezeki yang halal.Saya tahu bukan mudah nak duduk berejam dalam kantung maskot ni.Mana nak bernafas,nak bercakap,nak kencing dan sebagainya.”

Netizen ‘Salute’!

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian pengalaman Norman Hakim sepanjang memakai maskot Zirafah dalam rancangan ini:

“Selalu tertanya2, macam mana peserta masuk dalam dewan. Juri tu..Duk bilik mana..Tak bertembung ke”

“Ala aku teka Syafiq Farhain..Sebab baju luar tu macam bomba”

“Niat Norman masuk rancangan nie buat aku tersentuh. Moga dipermudahkan urusan adik2 diluar sana yang mencari rezeki dengan memakai maskot”

“Suka dengan ayatnya ‘bila pakai suit zirafah ni, dapat rasa apa yang maskot2 rasa ketika hiburkan orang kat pantai’, Salute”