Ramai Gerun Bila Tengok Johan Tegas Dengan Anak, “Di Sebalik Pelawak Kita, Garang Betul”

Sponsored

Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak sememangnya dihormati ramai dalam industri hiburan tanah air. Bakat dan personalitinya juga sangat disenangi ramai menyebabkan Johan memiliki barisan peminatnya tersendiri.

Terbaharu satu muat naik di Instagram telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut dipaparkan Johan sedang berada di restoran dan anaknya terlentuk di sebelah. Namun apa yang membuatkan ramai tertarik apabila Johan tegas dengan anak ketika di restoran.

Sponsored

Anaknya yang seorang ini sudah keletihan hingga tertidur, manakala kedengaran suara anak-anak yang lain tertawa melihat keletah anaknya terlentuk. Tiba-tiba Johan tegur suruh anak-anaknya yang lain diam membuatkan netizen pun terkesima.

Berikut adalah rakaman dengan paparan Johan tegas dengan anak di restoran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram dengan nama jozlynnhanania:

Sponsored

Wah tak sangka garang betul pelawak dikenali dengan nama Johan ini sebenarnya ya! Perkongsian rakaman tersebut telah membuatkan ramai yang akui turut sama tersentap.

Malah di ruangan kapsyen, diceritakan yang anak Johan ini keletihan selepas melakukan pelbagai aktiviti hingga terlentuk di meja makan. Namun gelagat Johan yang melayan si cilik ini dengan manja juga membuatkan ramai ‘cair’.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Mula2 nak gelak..Sekali kena sound ‘diam’…ngan aku sekali diam”

“Part Johan cakap diam, aku plak rasa seram. Jelas nampak tegas seorang ayah”

“Masalahnya bila Johan cakap diam dengan aku sekali terdiam. Tachod”

“Bang Johan memang garang ke sis? Takutnya bila tengok dia sebut diam”

SumberInstagram