Hari ini umum sedia tahu ekonomi agak mencabar yang mana masih ramai lagi terkesan akibat penularan Covid-19. Bukan sahaja yang bekerja makan gaji, malah yang menjalankan perniagaan juga.
Biarpun begitu, baru-baru ini satu kisah mengenai seorang pekerja asing yang berjaya menyimpan wang gajinya telah mencuri perhatian ramai.
Dalam satu perkongsian video dipaparkan seorang lelaki sedang makan nasi. Namun apa yang membuatkan ramai terpegun adalah lauk yang dijamahnya.
Lelaki ini hanya makan nasi bersama bawang mentah dan cili padi yang dicicah dengan garam. Berikut adalah perkongsian rakaman pekerja asing simpan RM800 ribu hasil hanya makan makanan ringkas tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun Pokchek906:
Dalam rakaman tersebut kedengaran suara seorang lelaki bertanya kepada pekerja asing itu adakah itu sahaja makanan yang dijamahnya. Bawang merah, cili, garam dan nasi diletakkan air sahaja menu yang dimakan oleh pekerja itu tanpa lauk pauk.
Malah apa yang lebih mengujakan adalah pekerja asing itu mendedahkan dia sudah ada tanah, rumah dan simpanan sebanyak RM800 ribu di kampung halaman hasil dari pengorbanannya itu.
Satu lagi rakaman dengan paparan pekerja asing simpan RM800 ribu ini sedang makan timun sahaja turut menjadi perhatian ramai. Berikut adalah rakaman tersebut:
Turut meraih jutaan tontonan, rakaman itu juga telah membuatkan ramai kagum dengan cara penjimatan lelaki tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Buat anak rantau udah biasa”
“Saya dulu masa kecik makan nasi dengan kopi o aje adik-beradik ramai bapak susah. Kenyang jugak”
“Kalau kita makan macam ni mak bapak suruh balik kampung”
“Diorang dah biasa makan maam ni. Kalau orang kita makan macam ni.. Sambil makan sambil kesat air mata”
Sumber: TikTok PokChek906