Pakai Baju Singkat Nampak Perut, Ramai Terpegun Tengok Bentuk Badan Maria Farida, “Tips Maintain Body Please…”

Sponsored

Pada usia 53 tahun, pelakon Maria Farida masih lagi kelihatan cantik dan sama seperti di zaman dahulu. Sekaligus membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah tips pelakon wanita itu menjaga kecantikannya selama ini.

Baru-baru ini pula, video yang dimuat naik oleh pelakon itu telah menjadi bualan ramai di media sosial. Menerusi video yang dikongsikan di Tik Tok itu, Maria Farida dilihat menari dengan menampakkan bahagian perutnya.

Sponsored

Walaupun ada yang menegur pemakaian pelakon itu yang nampak seksi namun ramai yang tidak terlepas dari rasa kagum melihat bentuk badannya. Malah rata-rata netizen mengatakan bentuk badan dan wajah Maria Farida langsung tidak kelihatan seperti wanita yang berusia 53 tahun.

Netizen terpegun

Perkongsian yang dimuat naik itu juga kini meraih hampir sejuta tontonan dan dibanjiri dengan komen-komen positif dari netizen. Kebanyakan netizen turut meminta tips dari pelakon itu tentang cara menjaga kecantikan wajah dan tips untuk mengekalkan tubuh badan yang cantik.

Sponsored

Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh mengatakan mereka kelihatan lebih tua dari Maria Farida meskipun baru sahaja berusia 30 an. Meninjau di ruangan komen, ramai yang berpendapat pelakon itu seperti ‘vampire’ kerana wajahnya masih lagi sama sewaktu dia aktif berlakon satu ketika dahulu.

“Dari aku kecik dia berlakon sampai dah tua pun maintain cantik, aku pulak dah macam baya baya umurnya.”

Sponsored

“Kenapa aku rasa macam aku lagi tua dari dia, makin muda pulak dia ni.”

“Tips maintain body macam ni please.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok