Penyanyi muda, Nuha Bahrin telah menjadi tumpuan ramai di platform Tik Tok apabila dia menerima teguran dari seorang pelukis khat. Difahamkan, lelaki itu yang merupakan seorang pelukis khat telah menerima pertanyaan netizen yang bertanyakan tentang rantai leher yang dipakai oleh Nuha.
Netizen turut meminta bantuan pelukis khat itu untuk memeriksa sama ada ejaan pada rantai leher itu adalah tepat. Berdasarkan video yang dimuat naik itu, Nuha dilihat memakai rantai leher tulisan jawi yang merujuk kepada namanya.
Namun menurut pelukis khat itu, terdapat kesalahan ejaan pada rantai yang dipakai penyanyi itu kerana ianya membawa maksud kepada Nabi Nuh. Tambahnya lagi, mungkin juga Nuha tidak sedar dengan kesilapan itu dan menyangka rantai itu merujuk kepada namanya sendiri.
“Abang nak tegur sikit, bukan sebab lagu, tapi tentang rantai yang adik pakai tu. Kita boleh nampak huruf-huruf dalam rantai tu. Saya percaya adik Nuha nak pakai rantai namanya sendiri dengan huruf Nun, Wau, Ya dan Alif.”
“Tapi kalau ikut dalam Al-Quran, ayat satu surah Nuh, sama dalam rantai tu. Maaf kalau saya cakap, adik Nuha telah tersilap kerana pakai nama Nabi Noah.”
Komen netizen
Penjelasan tersebut turut meraih perhatian netizen yang berterima kasih kepada lelaki itu di atas ilmu Bahasa Arab yang dikongsikannya ini. Malah kebanyakannya memberitahu baru pertama kali tahu mengenai tulisan yang dimaksudkan itu.
“Tulis nama memang kena ikut arab bukan jawi. Saya pun baru tahu.”
“Bagus teguran dia, teguran ini bermakna untuk kebaikan sendiri. Tak salah tapi perbetulkan tu je.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.