Pada Isnin, penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Casablanca iaitu Nuha Bahrin telah menerima skrol Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pemasaran. Menerusi sumber, menjadi kegembiraan berganda buatnya apabila dapat membuat persembahan di majlis Konvokesyen Universiti Multimedia Malaysia (MMU).
Nuha Bahrin berusia 22 tahun bagaimanapun menerima pujian ramai kerana dalam kesibukan menjadi penyanyi, dia berjaya memperoleh kelas pertama dalam pengajian. Tentu sahaja ia merupakan satu kejayaan besar buat penyanyi baharu ini.
Peroleh kelas pertama dalam pengajian
Meskipun begitu, Nuha Bahrin berkata dia juga merasa terharu kerana dia berpeluang membuat persembahan di majlis tersebut bersama rakan duetnya, Naufal Azrin apabila single pertama mereka berjudul Casablanca berjaya melonjakkan lagi nama kedua-dua penyanyi ini dalam dunia hiburan tanah air.
Nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin juga tular di media sosial. Tetapi lagu dipilih Nuha Bahrin ternyata menerima komen kurang senang apabila berulang kali menyanyi lagu Casablanca. Nampaknya segelintir netizen tampil ‘backup’ Nuha Bahrin.
Netizen tampil ‘backup’ Nuha Bahrin
Bagi netizen tidak salah untuk Nuha Bahrin menyanyikan lagu Casablanca memandangkan ia merupakan lagunya sendiri malah turut popular dan bukanlah lagu milik orang lain dinyanyikannya di majlis Konvokesyen Universiti Multimedia Malaysia (MMU).
‘Ok la tu, lagu dia femes…’
‘Kang kalau dia nyanyi lagu…’
‘Laa dah lagu tu lagu dia dan popular…’
Sumber: mStar