Pakaian sederhana tutup aurat, peminat harap Fazura dijadikan ‘role model’ kepada artis lain

Sponsored

Pelakon dan usahawan popular, Fazura bukanlah seorang selebriti yang calang-calang namanya dalam dunia hiburan tanah air. Bermula sebagai pelakon berbakat besar, sehinggalah sekarang dia menjadi salah seorang usahawan wanita berjaya selain turut jarang terpalit kontroversi membuatkan dia sentiasa disenangi ramai.

Malah dia juga antara selebriti disayangi peminat tidak kira peringkat usia apabila Fazura sentiasa melayani peminat dengan baik mencetuskan dia juga sering menjadi sorotan ramai dan terbaharu dia yang sedang bercuti di Jerman membuatkan ramai ‘terpukau’ melihat kecantikannya dalam beberapa keping foto dikongsikan.

Sponsored

Fazura bersama ahli keluarganya iaitu Fattah Amin dan Nur Fatima Aisya ke Jerman baru-baru ini untuk bercuti. Pelakon terkenal ini bagaimanapun membuatkan foto-foto dikongsikannya turut menerima pelbagai pujian ramai apatah lagi seperti biasa, fesyen Fazura sering mendapat perhatian.

Tampil simple namun tetap bergaya dan kelihatan sopan, itulah yang sering digayakan oleh Fazura dan dengan imej bertudungnya ini pula Fazura membuatkan peminat berharap agar dia dijadikan role model buat artis lain kerana berpakaian sederhana dan tutup aurat ketika bercuti di luar negara.

Sponsored

Peminat harap artis lain jadikan Fazura role model

Dalam foto Fazura itu bagaimanapun dia dihujani dengan ribuan tanda suka beserta ratusan komen positif pujian yang ditinggalkan oleh peminat yang terpegun melihat kecantikannya.

Sponsored

‘Moga menjadi role model…’

Fazura

‘Terpaling cantik tiada…’

Fazura

‘So humble sebab tu murah rezeki…’

‘Tak fahamlah dia ni, lawa sangat…’

SumberFazura