Baru-baru ini, penyanyi Siti Nordiana berkongsikan momen bersama anak terunanya, Mohd Rayyan di platform Tik Tok. Menerusi video yang dimuat naik itu, Nana dan anaknya dilihat keluar bersama untuk menjamu selera di sebuah restoran.
Penyanyi itu turut merakamkan gelagat anaknya yang kelihatan malu-malu untuk melihat kamera selepas menginjak dewasa. Dalam masa yang sama, remaja berusia 14 tahun itu cuba mengelakkan diri daripada dirakamkan sekaligus membuatkan Nana terhibur melihat gelagatnya.
Perkongsian video itu turut meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya memuji kekacakan remaja lelaki itu yang dikatakan mewarisi wajah arwah bapanya. Malah ramai yang mengatakan Rayyan kini semakin kelihatan seperti arwah bapanya, pelakon Faizal Yusup.
Bukan hanya mempunyai rupa paras yang sama seperti arwah bapanya, malah Nana pernah memberitahu sebelum ini anaknya itu juga turut mengikut perangai bekas suaminya. Menurut penyanyi itu, ada banyak sifat dan perangai anaknya yang sama seperti arwah Faizal seperti tidak gemar memakan bawang.
“Makin besar makin macam arwah papa dia ye. Semoga sihat selalu Nana dan Rayyan.”
“Senyum sebijik arwah papa dia, kejap je dah besar Rayyan.”
“Cara senyum dan mata sama macam arwah.”
Sekadar info, Siti Nordiana dan Faizal Yusup mendirikan rumah tangga pada 29 April 2006 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 14 September 2009. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohd Rayyan Nakhaie. Faizal Yusup meninggal dunia pada 1 Januari 2011 sewaktu berusia 33 tahun akibat serangan jantung.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.