Pandangan Dikecam, Janna Nick Tetap Dengan Pendapat Yang Sama, “Saya Okay Saja Ada Yang Tak Setuju…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Janna Nick telah menerima kecaman hebat di media sosial gara-gara penampilannya di dalam Studio Sembang. Di dalam potongan klip yang tular itu, Janna dan Amelia Henderson sedang membincangkan tentang isu ‘work life balance’.

Namun pandangan yang diberikan oleh Janna ini telah dikecam hebat oleh warganet di media sosial. Walaupun menerima kecaman teruk, Janna mengakui dia tiada masalah sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan itu.

Sponsored

Baginya, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing mengenai isu yang dibincangkan di dalam program Studio Sembang itu. Tetapi dia tidak menafikan bahawa dia sepatutnya mengolah ayatnya dengan lebih baik untuk mengelakkan salah faham daripada terjadi.

“Saya okay sahaja jika ada yang tidak setuju dengan apa yang saya cakap. Masing-masing ada pendapat masing-masing.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Janna menegaskan dia masih lagi dengan pendapat yang sama dan tidak akan mengubah pandangannya hanya kerana ada pihak yang tidak bersetuju dengannya.

“Kalau ada yang tidak setuju dengan kata-kata saya dan rasa pendapat saya ini perlu diubah secara serta merta, saya minta maaf sebab saya akan tetap dengan pendapat saya.”

Sponsored

Terdahulu, nama Janna Nick dan Amelia Henderson menjadi ‘trending’ di Twitter selepas potongan klip dari podcast Studio Sembang dimuat naik. Kebanyakan netizen mengutuk reaksi yang diberikan oleh Janna yang seperti merendah-rendahkan mereka yang mencari keseimbangan di antara kehidupan peribadi dan kerjaya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberutusan