Bintang serba boleh, Shaheizy Sam ini sememangnya memiliki bakat menghiburkan orang ramai. Dari seorang pelakon yang berjaya menaikkan namanya, Shaheizy Sam juga memiliki barisan peminatnya tersendiri.
Baru sahaja selesai majlis penyatuan adik iparnya, Syifa Melvin dan Safawi Rashid, terbaharu Shaheizy Sam menjadi perhatian ramai apabila gelagat selambanya di sebuah pusat membeli-belah dirakam dan dimuat naik di sosial media.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh isterinya sendiri di TikTok, dipaparkan Shaheizy Sam join nyanyi dengan busker di mall dengan cukup sempoi. Malah gayanya yang ringkas dan mesra membuatkan ramai senang melihatkannya.
Berikut adalah rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama Syatilla Melvin ini:
Tulis isteri Shaheizy Sam, Syatilla Melvin atau lebih mesra dengan panggilan Tilla ini dalam video tersebut adalah seperti berikut:
“Pantang jumpa mic dia ni. Tengah2 aeon pun buleh buat”
Gelagat sempoi Shaheizy Sam join nyanyi ini juga telah membuatkan ramai memujinya tidak sombong biarpun ada ‘nama’ dalam industri hiburan tanah air. Selain dari itu ramai juga yang akui suara Shaheizy Sam ini boleh tahan merdu.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Sebab adik dia pun yang nama Jeff tu dulu bekas ahli kumpulan A To Z awal2 90 an dulu…Memang Shaheizy boleh menyanyi la”
“Perghh suara sedap jugak woo”
“Alhamdulillah dah berubah dah ye mat rempit ni”