Semalam, Farid Kamil mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan tawaran perdamaian bernilai lebih RM300K yang ditawarkan buat isterinya, Diana Danielle. Menurutnya, itu salah satu usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka selain berharap dapat mengambil hati Diana.
Peguam Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader mendedahkan pelakon wanita itu berasa terkejut dengan tawaran yang dikemukakan Farid di mana ia seolah-olah menunjukkan Diana sebagai seorang yang materialistik dan mengejar duit.
Jelas Datuk Akberdin, tindakan Farid mendedahkan tawaran itu kepada umum tidak akan mengubah pendirian Diana untuk bercerai. Malah mereka turut tertanya-tanya tentang motif sebenar Farid mendedahkan tawaran tersebut secara umum dan tidak berurusan menerusi peguam.
“Farid buat tawaran itu supaya Diana kembali, seolah-olah dengan memberikan duit baru Diana kembali ke pangkuannya. Dia bukan jenis gilakan duit. Hakikatnya Diana terkejut dan tertanya-tanya motif Farid berbuat demikian terutama mendedahkan perkara itu kepada umum.”
Nekad mahu bercerai
Tambahnya lagi, Diana sendiri menganggap perkahwinan mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan akan meneruskan permohonan cerai tersebut. Pelakon itu juga hanya ingin kekal sebagai kawan sahaja bersama Farid demi kepentingan anak-anak mereka.
Dalam masa yang sama, Datuk Akberdin memberitahu Diana telah memberikan kebenaran kepada Farid sekiranya dia mahu membawa kedua-dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora untuk pulang beraya bersamanya di Sungai Petani, Kedah.
Terdahulu, Farid mengemukakan tawaran perdamaian bernilai lebih RM300K yang merangkumi sebuah kereta Toyota Vellfire, barangan kemas, wang pendahuluan nafkah dan pembayaran semula kos perbelanjaan umrah mereka sekeluarga pada Februari lalu.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.