Tiga Tahun Bercinta, Gadis Bawa Diri Selepas Teman Lelaki Kenalkan Perempuan Lain Dekat Ibu

Sponsored

Setiap pasangan pastinya mahukan hubungan yang dibina berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Namun lain pula yang berlaku pada gadis ini apabila hubungan percintaan selama tiga tahun menjadi sia-sia.

Semuanya selepas dia mendapat tahu teman lelakinya telah membawa wanita lain untuk berjumpa dengan ibunya. Video yang dikongsikan di Tik Tok itu juga tular di mana gadis itu dilihat membawa diri mengerjakan umrah selepas patah hati dengan apa yang terjadi.

Sponsored

Menurutnya, dia redha dengan apa yang berlaku lantas membawa diri untuk mengerjakan umrah seorang diri di kota suci Mekah. Tambahnya lagi, sebelum ini dia menunggu sahaja kekasihnya untuk masuk meminang namun akhirnya kecewa apabila kekasihnya membawa wanita lain berjumpa ibu lelaki itu.

@frhnjwaaaaa

hampir 3tahun bercinta, hari2 tunggu dia masuk minang, rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self healing pergi umrah, Alhamdullilah 🤍

♬ suara asli – andre – ANDRE

“Hampir 3 tahun bercinta, hari-hari tunggu dia masuk minang rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self healing pergi umrah, Alhamdulillah.”

Sponsored

Perkongsian gadis itu turut menjadi bualan ramai di mana rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang dialaminya ini. Namun ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang sama dan memahami kesedihan gadis itu untuk ‘move on’ dari apa yang berlaku.

@frhnjwaaaaa

last airmata tu aku tinggaikan dekat sana, ya allah aku redha & terima semua ketentuan-Mu❤️

♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman

Meninjau di ruangan komen, warganet turut memberikan kata-kata semangat dan mendoakan supaya gadis itu diberikan jodoh yang terbaik untuknya. Malah ramai yang berpendapat pastinya ada hikmah yang lebih baik di atas apa yang terjadi.

Sponsored

“Kuatkan semangat awak. Allah tahu apa yang terbaik untuk awak.”

“Pernah lalui, 9 tahun bercinta susah senang LDR namun kalah dengan perempuan yang dekat dengan si dia…”

“I bawa diri tukar tempat kerja. Jauh dari semua yang related dengan ex…”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok