Pembantu Rumah Lari Berjaya Dicekup, Kakak Aliff Syukri Dedah Barang Kemas Dan Wang Dicuri…

Sponsored

Semalam kecoh di sosial media apabila kakak kepada usahawan kosmetik yang juga pemilik akaun Instagram Yatie_kmrzmn meluahkan tentang satu kejadian tidak terduga berlaku kepada keluarganya.

Difahamkan pembantu rumah ibu mertua Kak Yatie telah melarikan diri dengan sejumlah wang dan barang kemas. Malah perkara tersebut turut dikongsikan oleh ibu Kak Yatie yang juga usahawan terkenal, Bonda Rozita.

Sponsored

Menerusi perkongsian Bonda Rozita, pembantu rumah itu melarikan harmpir RM300 ribu dan juga barang kemas besannya. Tambahnya lagi pembantu rumah tersebut sudah 3 tahun bekerja menjaga besannya itu.

Berikut adalah muat naik oleh Bonda Rozita menerusi Instagram miliknya perihal pembantu rumah lari itu:

Sponsored

Malah di perkongsian Kak Yatie pula dia menceritakan pembantu rumah lari tersebut berjaya dicekup selepas beberapa jam. Tulisnya dia sendiri mengejar suspek sampai ke Puchong dan dia turut berterima kasih dengan bantuan kenalan dan pihak polis.

Bercerita mengenai pembantu rumah tersebut, tulisnya wanita berkenaan sangat amanah dan menjaga ibu mertua dan anak-anaknya dengan baik sekali.

Sponsored

Tambahnya lagi selepas dijumpai, barang kemas yang dicuri tidak dapat sepenuhnya kerana pembantu rumah itu sudah menggadaikannya. Malah setelah dikira, barangan kemas dan wang tunai yang dicuri tidaklah sampai RM300 ribu.

Disebabkan kejadian itu dia turut menitipkan pesan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan ambil pengajaran dari apa yang berlaku padanya itu.

“Semoga menjadi pengajaran termasuk diri sy sendiri. Kekal dgn cita2 dan fokus apa yg ingin diusahakan dlm hidup. Jangan ambil hak org. Jgn distracted dengan org keliling. Kesudahannya pasti makan diri kalau tersasar. Utk org perempuan, jgn kelabu mata dan hati2 dgn ayat manis lelaki yg baru dikenali. Jaga maruah diri”

Berikut adalah perkongsian penuh luahan Kak Yatie mengenai apa yang berlaku itu: