Pemilik Katering Kata Dah Terima Tempahan Majlis, Shuib Terkejut Dikatakan Akan Berkahwin Tahun Ini

Sponsored

Pelawak dan usahawan, Shuib menjadi bualan ramai selepas timbulnya khabar angin mengatakan dia bakal berkahwin dengan pilihan hatinya pada tahun ini.

Menurut khabar angin itu, Shuib dikatakan sudah membuat beberapa persiapan dan telah membuat tempahan untuk majlis perkahwinannya itu. Susulan khabar angin yang meluas ini, pelawak itu meluahkan rasa terkejut dan menafikan dakwaan tersebut.

Sponsored

Shuib memberitahu dia dimaklumkan oleh Ajak mengenai khabar angin tersebut apabila seorang pemilik katering mendakwa sudah menerima tempahan untuk majlis perkahwinan pelawak itu. Malah pemilik katering itu turut memberitahu jumlah tetamu yang akan hadir untuk majlis tersebut.

“Lima hari lalu Ajak ada bertanya adakah saya akan berkahwin hujung tahun ini. Ketika diajukan soalan itu, saya terpinga-pinga kerana tak faham apa yang cuba disampaikan.”

Sponsored

Shuib kemudiannya memberitahu kepada Ajak sekiranya dia bakal berkahwin dalam masa terdekat ini, sudah tentu lah Ajak antara individu terawal yang akan dimaklumkan. Tambah Shuib, Ajak juga merupakan antara orang pertama yang dikongsikan semasa dia mula mengenali Watie.

“Jadi kalau kata saya ada berjumpa pemilik katering atau tukang buat baju, semua itu adalah dusta. Ada pihak yang buat fitnah dengan ‘menjual’ cerita yang tidak betul.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Shuib turut menafikan tentang khabar angin lain di mana dia akan mendirikan rumah tangga bersama Watie pada bulan Mac tahun depan. Sebaliknya dia memaklumkan setakat ini mereka masih tiada sebarang perancangan buat masa ini.

Menurutnya, dia mahu memastikan anak-anaknya dapat menerima kehadiran pasangannya terlebih dahulu. Malah Shuib berpendapat tempoh perkenalan selama dua dan tiga bulan ini belum cukup untuk menilai hati budi seseorang.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.