Pelakon dikenali dengan nama Mierul Aiman ini adalah antara pelapis dalam dunia hiburan tanah air. Namanya semakin menjadi perhatian selepas lakonannya sebagai Fakhrul dalam drama Projek High Council berjaya.
Terbaharu, satu rakaman dengan paparan Mierul Aiman diserbu peminat di sebuah acara telah menjadi bualan hangat ramai. Menerusi rakaman tersebut segelintir peminat wanita menjerit-jerit teruja dapat bertemu Mierul Aiman.
Bagaimanapun, dalam rakaman tersebut juga terlihat Mierul Aiman sempat menyedut dan menghembuskan ‘vape’. Ini membuatkan ada yang kurang senang kerana anak muda ini secara terang-terangan dan di tempat awam menghisap vape apatah lagi di depan para peminatnya.
Berikut adalah rakaman Mierul Aiman ‘vape’ masa majlis yang dihadirinya yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter:
Malah disebabkan itu juga, salah seorang peminat tegur Mierul Aiman ‘vape’ di tempat terbuka di depan orang ramai ini. Menerusi ciapan oleh seorang pengguna Twitter ini, dia menulis untuk pelakon ini menjaga ‘image’ sebagai seorang artis dengan tidak menghisap vape atau merokok di depan orang awam.
Teguran pengguna Twitter ini telah meraih perhatian ramai. Malah rata-rata netizen bersetuju teguran yang dilakukan individu ini terhadap Mierul Aiman. Berikut antara reaksi ramai:
“Kita tak kisah pun dia nak berasap sebab dah dewasa kan. Tapi tak manis lah vape time tengah kerja. Macam tak profesional”
“Tak perlu kot vaping depan public especially bila you tengah ada event means ketika you sedang bekerja. Banyak orang kat situ dik. Sebab open event dekat depan Sogo tu. Vaping tu personal choice you tapi at least be profesional bila bekerja”
“Bukannya apa la ramai je Korean artist yang smoking, vaping pun tak de openly buat macam ni macam jk tu…”