Semalam nama isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi perhatian lagi dengan pendedahannya di Instagram apabila dia mendedahkan dirinya sedang hamil 10 minggu.
Sebelum ini, Shuhada sering menunjukkan bahawa dirinya kuat selepas menghadapi pelbagai ujian namun melihatkan posting tersebut ada hari juga Shuhada kecundang dengan dugaan menimpanya.
Shuhada hamil 10 minggu
Shuhada memaklumkan juga dirinya kini sedang mendapatkan rawatan. Ini disebabkan masalah tekanan dan depresi dialaminya. Shuhada mengatakan dia mahu kuat demi kedua-dua anaknya termasuklah bayi dalam kandungannya. Walau bagaimanapun, dia tidak boleh mengambil sebarang ubat hospital kerana takut akan memberikan kesan kepada kandungan.
Tak kuat hadapi dugaan
Shuhada berkata pada hari tersebut dia seharian menangis dan menceritakan dirinya jatuh pengsan di hospital serta diminta oleh doktor untuk berbuka puasa sebab dirinya tidak kuat dan boleh menbahayakan kandungan. Dia akui dirinya turut termenung serabut dan air mata tidak henti-henti mengalir.
Meskipun susah untuk ditelan, Shuhada bagaimanapun menerima perjalanan hidup yang ditentukan itu buatnya namun dalam pada masa sama, dia juga bersyukur mempunyai keluarga, rakan-rakan serta dihadirkan dengan pelbagai pihak termasuklah orang yang membantu kesnya.
Warganet diruangan komen menerusi perkongsian Shuhada itu bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat wanita ini yang berharap agar dia kuat dan tabah menghadapi dugaan tersebut.