Resipi Khairul Aming Sekali Lagi Ditegur, “Tradisi Orang Dahulu Haruslah Dihormati”

Sponsored

Di bulan Ramadan ini memang cukup sinonim dengan video-video masakan dari anak muda Kelantan, Khairul Aming. Bukan sahaja resipinya ringkas, malah mampu membuatkan ramai terpengaruh untuk mencubanya.

Sebelum ini resipi sambal dikongsikan Khairul Aming menjadi bualan ramai selepas ada yang menegur terlalu banyak minyak. Menjawab teguran tersebut, Khairul Aming membuat video dengan menjelaskan dari dua konteks.

Sponsored

Terbaharu, resipi Khairul Aming ‘lontong kuah lodeh’ pula menjadi pertikaian apabila ada yang menegur nama masakan ini kurang sesuai digunakan. Menurut seorang pemilik akaun Twitter, nama resipi itu sepatutnya ‘nasi impit kuah lodeh’.

Ini kerana Khairul Aming tidak menggunakan lontong dan individu tersebut turut meminta Khairul Aming untuk menghormati tradiri.

Sponsored

Berikut adalah ciapan yang mana resipi Khairul Aming sekali lagi ditegur oleh netizen:

Meninjau di ruangan komen perkongsian resipi Khairul Aming sekali lagi ditegur ini, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka dengan ramai yang berprasangka baik Khairul Aming mungkin tidak tahu lontong yang sebenar. Malah ada juga yang berkongsikan bagaimana rupa lontong sebenar yang dibalut dengan daun pisang.

Sponsored

“Kita pakai nasi impit, main point adalah kuah sahaja. Ia tetap nasi yang dibalut dengan daun pisang or anyam ketupat”

“Maafkan dia. Dia orang Kelantan”

“This is lontong. KA jiwa besar. Patut tak de masalah pembetulan macam ni”

SumberTwitter