Penampilan Kasih Iris Leona Bertudung Dipuji Netizen, “Makin Lama Makin Dia Ke Arah Kebaikan…”

Sponsored

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering menjadi tumpuan netizen di media sosial. Malah Leona juga aktif di media sosial dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri walaupun penampilan seksinya sering menerima kecaman netizen.

Baru-baru ini, Leona memuat naik satu video di Tik Tok di mana dia dilihat memakai tudung semasa bersiar-siar bersama rakannya di luar negara. Dalam masa yang sama, gadis itu juga turut mengucapkan Salam Ramadan kepada umat Islam yang kini sedang menjalani ibadah berpuasa.

Sponsored

“Kawan saya buat saya memakai hijab di tempat awam. Salam Ramadan.”

Perkongsian dari Leona ini kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji penampilan sopan dari gadis berusia 21 tahun itu. Ini kerana sebelum ini Leona sering menjadi mangsa kecaman netizen hanya kerana penampilan seksinya yang dikatakan keterlaluan untuk gadis muda itu.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen turut mendoakan anak kepada Azhar Sulaiman ini dapat perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan. Dalam masa yang sama, netizen juga turut memuji gadis itu yang kelihatan lebih comel selepas mengenakan hijab.

“Makin lama makin dia ke arah kebaikan. Semoga kita semua pun sama.”

Sponsored

“Leona, pakai teruslah macam ni. Cantik sangat ni.”

Sekadar info, Kasih Iris Leona dan kembarnya Andika Rees Pahamin berangkat ke United Kingdom (UK) tahun lalu bagi menyambung pengajian selama tiga tahun. Difahamkan, Leona melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan manakala Andika di dalam bidang Undang-Undang Maritim.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok