Kehadirannya di majlis tertentu sering mencuri perhatian ramai. Usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida atau lebih mesra dengan panggilan DSV ini sekali lagi menjadi bualan hangat selepas tampil menonjol di sebuah acara hiburan.
Baru-baru ini Dato’ Seri Vida hadir di Gempak Most Wanted Awards 2022 dengan asalnya berpakain serba merah jambu dan fabrik digelar ‘toto’ oleh netizen. Penampilan uniknya itu semestinya mencuri perhatian ramai.
Tidak cukup satu, Dato’ Seri Vida kemudiannya menukar pakaian kedua yang turut menjadi buah mulut ramai. Penampilan Vida bertelekung di acara hiburan berkenaan sangat unik dan luar biasa.
Berikut adalah rakaman penampilan Vida bertelekung yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini:
Menerusi ruangan kapsyen, Dato’ Seri Vida mendakwa dia ambil aura Ramadhan yang bakal tiba kurang lagi beberapa minggu sahaja. Difahamkan usahawan ini mengenakan pakaian bertelekung ini dengan mengambil konsep dari muzik video lagu Ku Ikhlaskan yang mana turut tercalon di majlis berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi masing-masing mengenai penampilan figura ini. Berikut antara yang diluahkan netizen di ruangan tersebut:
“ni kalau malam terbang pergh lari tak cukup tanah”
“Kalau g terawih macam ni liplap liplap mesti orang tengok aku macam retis”
“Terbaik dato vida, baju mesra solat jimat karpet surau”
“Alhamdulillah tutup aurat tu yang penting”