Sebelum ini, pelakon Nad Zainal pernah dimasukkan ke hospital selama hampir sebulan akibat pendarahan pada bahagian paru-paru. Malah sebuah tabung kecemasan Nad Zainal turut dibuka untuk membantu menanggung kos rawatan medikal pakar pelakon wanita ini.
Walaupun kesihatannya kini semakin pulih, ramai yang prihatin dengan kesihatan Nad Zainal dan menasihatinya untuk sentiasa menjaga kesihatan. Namun baru-baru ini, netizen meluahkan rasa bimbang apabila pelakon itu memuat naik video ‘review’ sebuah produk kurus.
Di dalam video tersebut, Nad Zainal mempromosikan produk untuk menurunkan berat badan dan membantu membakar lemak dalam badan. Tetapi perkongsian tersebut telah menerima reaksi negatif dari netizen yang rata-ratanya berasa bimbang dengan tindakan pelakon itu mengambil produk tersebut.
Tambah netizen, pengambilan produk tambahan seperti itu boleh membahayakan kesihatan pelakon itu yang baru sahaja ingin pulih dari penyakitnya. Tidak kurang juga yang berasa risau ia akan memberikan kesan sampingan kepada Nad Zainal sekiranya dia mengambilnya.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen meminta pelakon itu untuk menjaga kesihatannya kerana bimbang penyakitnya menyerang kembali. Namun ada juga yang berpendapat mungkin juga Nad Zainal hanya mempromosikan sahaja produk tersebut tetapi tidak mengambilnya.
“Sabar dulu Nad, biarlah sihat betul-betul.”
“Badan dah ok harap-harap Nanad rehat dulu.”
Terdahulu, Nad Zainal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan dalam paru-paru. Pelakon itu kemudiannya menunjukkan perkembangan positif di mana dia akhirnya kuat untuk bernafas sendiri tanpa bantuan mesin.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.