Ella Padam Gambar Di IG, Beri Bayangan Akan Bersara Dari Industri Seni?, “Terima Kasih Untuk 35 Tahun…”

Sponsored

Tindakan penyanyi rock tanah air, Ella memadamkan semua perkongsian di akaun Instagramnya telah mencetuskan pelbagai tanda tanya. Tidak cukup dengan itu, Ella juga turut memuat naik satu perkongsian terkini di mana dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai.

Di dalam perkongsian terkini itu, penyanyi berusia 57 tahun ini meluahkan rasa penghargaan di atas 35 tahunnya di dalam industri seni. Hantaran yang dimuat naik itu seakan-akan memberi bayangan penyanyi itu akan meninggalkan industri seni tanah air selepas 35 tahun.

Sponsored

Komen wakil pengurusan

Wakil pengurusan Ella iaitu Peah yang dihubungi oleh media memberitahu pihaknya juga tidak dapat memastikan perkara tersebut kerana apa yang dilakukan itu datang dari hati penyanyi itu sendiri. Namun dia yakin, penyanyi tersebut tidak mungkin akan berundur dari dunia seni dalam masa terdekat ini.

“Saya pun tidak boleh nak komen panjang tentang tindakan memadam semua gambar di IG itu kerana ia adalah dari hati Ella sendiri. Rasanya lebih baik dia sendiri yang memberikan jawapan.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Peah menganggap hantaran yang dimuat naik oleh Ella itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong muziknya termasuklah generasi baharu yang meminati lagu nyanyiannya.

Tambahnya, Ella juga begitu tersentuh apabila dia masih menerima sambutan peminat semasa melakukan persembahan di sebuah acara di Tawau, Sabah baru-baru ini. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Ella berhubung hantaran terkini yang dimuat naiknya di Instagram itu.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar