Penunggang Motorsikal Jatuh Beramai-Ramai Sebab Jalan Licin, Disyaki Ada Minyak Tumpah

Sponsored

Tular satu hantaran video di platform Tik Tok memaparkan detik malang yang dialami beberapa penunggang motorsikal di sebuah jalan ini. Rakaman CCTV di kawasan tersebut berjaya merakamkan gelagat beberapa penunggang yang jatuh tergelincir di tempat yang sama.

Pada awalnya, hanya ada seorang penunggang motorsikal yang tergelincir di mana dia kemudiannya bangun dan berhenti di tepi jalan. Selang beberapa saat sahaja, seorang lagi penunggang motorsikal turut melalui nasib yang sama dan tergelincir di situ.

Sponsored

Tidak lama kemudian, 2-3 penunggang motorsikal pula turut sama tergelincir dan ramai yang mengesyaki berlaku tumpahan minyak di atas jalan tersebut. Malah kesemua mereka ini tergelincir di kawasan yang sama sekaligus menguatkan dakwaan itu.

Difahamkan, pihak bomba dan ambulans kemudian tiba di tempat kejadian untuk memberikan rawatan kepada mangsa yang terlibat. Dalam masa yang sama, pihak bomba turut membersihkan jalan tersebut dan menghilangkan kesan minyak yang boleh membahayakan pengguna lain.

Sponsored

Perkongsian video itu juga kini tular di Tik Tok dan menerima lebih sejuta tontonan setakat ini. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib penunggang motorsikal yang melalui jalan itu dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera.

“Aku pernah alami macam ni, diesel tumpah aku orang yang ke 15 kena…”

Sponsored

“Bahayanya, kesian adik-adik tu sakit badan lah depa nasib baik kereta pun tak laju…”

“Aku pernah jugak macam tu jatuh berjemaah, jalan licin punya pasal.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain di Syor.

Sumbertik tok