Pengarah Mechamato Luah Dianak Tirikan Pawagam, Berharap Peluang Sama Rata Untuk Bersaing

Sponsored

Filem animasi Mechamato yang kini masih ditayangkan di pawagam menjadi salah satu judul menarik perhatian ramai. Manakan tidak ia antara filem animasi tempatan yang mana karakter, jalan cerita dan kemasan rekaannya memang cukup membanggakan.

Malah enam hari ditayangkan di pawagam, judul animasi ini sudah berjaya mengutip RM10 juta! Terbaharu pengarah Mechamato, Nizam Abd Razak meluahkan rasa kesalnya apabila tiada tayangan filem tersebut tiada waktu malam. Pengarah Mechamato luah dianak tirikan pawagam itu ditulis di Facebook seperti berikut:

Sponsored

“Rabu malam saya sempat meninjau keadaan di pawagam sebelum bertolak ke Umrah. Tayangan Mechamato Movie tiada waktu malam. Hanya Avatar sahaja yang ada. Memang banyak show untuk Avatar.”

Menerusi tinjauannya itu juga hanya filem Avatar sahaja yang ada. Malah dia turut menceritakan mengenai ada penonton yang membawa anak-anak terpaksa saksikan Avatar kerana tiada tayangan Mechamato.

Sponsored

“Ada 3-4 keluarga. Anak-anak sebut Mechamato berulang kali tetapi disebabkan tiada pilihan, mereka pilih Avatar. Opportunity loss dan saya rasa peluang untuk keluarga tersebut pergi menonton Mechamato Movie agak tipis. Bukan murah untuk tempah tiket untuk keluarga seramai 5-7 orang.”

Tambahnya lagi dia berharap agar filem tempatan diberikan peluang sama rata untuk bersaing dengan karya luar.

Sponsored

“Saya berharap filem tempatan diberikan peluang. Bukan tiada demand. Kami hanya perlu diberi peluang sama rata untuk bersaing.”

Berikut antara reaksi ramai mengenai pengarah Mechamato luah dianak tirikan oleh pihak pawagam ini: