Ramai Kagum Lihat Kemudahan Di Flat Singapura, Moden Dan Sistematik

Sponsored

Kemudahan dan fasiliti disediakan di setiap negara dan lokasi sudah tentunya berbeza mengikut keperluan. Sudah tentunya di beberapa negara maju perkhidmatan dan kemudahan disediakan antara yang menjadi contoh dan idea kepada semua.

Terbaharu satu rakaman dengan paparan kemudahan di flat Singapura telah mencuri perhatian netizen. Dalam rakaman tersebut ditunjukkan ruang khas untuk letak basikal secara bertingkat. Nampak kemas dan berfungsi dengan baik.

Sponsored

Malah ia juga menjadi alternatif untuk menjimatkan ruang di dalam rumah. Satu lagi kemudahan di flat Singapura yang menjadi perhatian warganet adalah tempat membuang sampah yang lebih memudahkan penduduk dan terjaga kebersihannya.

Berikut adalah video dengan paparan yang membuatkan ramai memujinya:

Sponsored

Selain dari itu, tandas yang dilengkapi dengan tangki sinki yang dikongsikan juga dapat menjimatkan penggunaan air. Bukan itu sahaja, kediaman tersebut turut dilengkapi dengan pintu keselamatan untuk melindungi penduduk dari perkara tidak diingini.

Di ruangan komen, ada warganet yang memuji dan rasa teruja menyaksikan kemudahan yang disediakan. Tidak kurang juga yang membezakan kemudahan tersebut dengan yang ada di Malaysia. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

Sponsored

“Yang penting mentaliti kena ubah dulu. Tak guna kalau buat kemudahan yang disediakan tak reti nak jaga”

“Hospital dia pun sistematik.. Sebab tu boleh bertahan kerja 10 tahun sebagai nurse kat Singapore”

“Kat Malaysia orang siram kuah kari dari tingkat paling atas..ada tu tabur beras atas bumbung kete…”

“Dari awal mereka dah disiplin”

SumberTikTok