Penonton puji persembahan Bella Astillah & Wani Kayrie, dikatakan tak ‘over’ dan vokal ok

Sponsored

Semakin hangat rancangan Famili Duo apabila persembahan setiap peserta sering dinanti-nantikan oleh penonton. Meskipun pada minggu ke-enam, terdapat pelbagai kontroversi namun persembahan daripada Bella Astillah dan Wani Kayrie juga menerima pujian peminat di media sosial.

Umum diketahui, Bella Astillah dan Wani Kayrie merupakan pasangan sepupu dan sejak kemunculan mereka di rancangan nyanyian tersebut, mereka juga antara peserta yang sering menjadi sorotan peminat dan penonton.

Sponsored

Juga dapat perhatian penonton

Menerusi perkongsian Bella Astillah yang berkongsikan sekeping foto gayanya ketika membuat persembahan di pentas Famili Duo baru-baru ini ternyata peminat juga mengambil kesempatan itu untuk memberikan pujian tentang persembahan dia bersama sepupunya.

Sponsored

Difahamkan pada minggu tersebut, Bella Astillah dan Wani memperoleh kedudukan yang kedua dengan jumlah markah 71.5 peratus dan tempat pertama pula diperoleh oleh pasangan adik-beradik iaitu Siti Sairah dan Siti Saida.

Perkongsian tersebut bagaimanapun membuatkan peminat memberikan pujian terhadap persembahan mereka berdua dengan mengatakan mereka tidak over dan vokal juga ok. Dalam pada itu, kecantikan Bella Astillah nampaknya sekali lagi memukau peminat.

Sponsored

‘Saya suka persembahan Bella dan Wani Kayrie. Tak over dan vokal pun ok, ada kumpulan lain vokal ok persembahan over…’

‘Cantik, manis dan ayu…’

‘So beautiful dan sweet. Semoga berjaya ke final…’

Bella Astillah

‘Well done, suara power. Merdu sangat’

Bella Astillah