Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dikejutkan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah mengenai seorang aktres yang mengaku tersuka suaminya, Aliff Aziz. Pendedahan tanpa menyebut sebarang nama orang terlibat itu bagaimanapun telah diakui oleh Aliff Aziz adalah Sophia Albarakbah.
Kekecohan ini membuatkan ramai tertanya-tanya kesahihannya dan susulan itu Bella Astillah memuat naik perbualan dia dengan Sophia menerusi akaun Instagram miliknya. Namun pendedahan itu telah pun diturunkan.
Azhar Sulaiman beri pendapat isu hangat kini
Bagaimanapun di sebalik kekecohan ini, aktor senior dikenali dengan nama Azhar Sulaiman tampil memberikan pendapatnya mengenai isu yang terpalit dengan nama Sophia Albarakbah. Dalam satu muat naik menerusi akaun Instagram, Azhar Sulaiman berkongsikan videonya bersama Sophia Albarakbah.
Berikut adalah perkongsian oleh Azhar Sulaiman menerusi akaun Instagram miliknya itu:
Pelakon lelaki yang membahasakan dirinya ‘Mami’ ini menulis di ruangan kapsyen bahawa dia tidak keberatan dan berani untuk berlakon dengan Sophia. Tulisnya lagi ini jika pelakon lelaki yang sudah berkahwin keberatan untuk berlakon dengan pelakon jelita berkenaan.
“Perempuan cantik memang selalu kena fitnah”
Malah Azhar Sulaiman turut memberitahu yang isterinya, Chempaka percayakan Sophia. Di ruangan komen, pelakon lelaki ini turut menulis seperti berikut:
“Kita tak tahu perkara yang sebenarnya….Perempuan cantik memang selalu kena fitnah cam dalam Drama2 tu jugak Termasuklah yang hensem2 macam Mami jugak….
Tak baik Label Sophie seperti Whore/Pelacur….Fitnah besar tu…chances kita takkan tahu hal sebenarnya… so better jgn berlebihan dalam commenting…”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat mereka mengenai isu ini seperti berikut:
“Kenapa sebelum ni dia berlakon dengan laki orang clean je sebab pelakon lelaki lain hanya hubungi dan berhubung sebab berlakon…”
“Ni cara nak viral kan diri ye mami”
“Dia tak berani sebab dia tahu wife mami lawyer takut nanti kena saman”