“Patutlah Kemaih Berlakon,Mentor Bukan Calang2”, Foto Nadhir Nasar Dan Beto Kusyairy Jadi Perhatian

Sponsored

Nama Nadhir Nasar, pelakon baru yang semakin meningkat naik ini nampaknya semakin dikenali ramai. Pemilihan karya drama yang dibintangi juga bukan calang-calang membuatkan anak muda ini turut memiliki ramai peminatnya.

Terkini drama lakonannya yang sedang ditayangkan adalah Projek High Council dan turut menjadi sebutan ramai. Terbaharu Nadhir Nasar yang juga juara Hero Remaja ini berkongsikan muat naik fotonya bersama Beto Kusyairy menerusi akaun Instagram miliknya.

Sponsored

Difahamkan Nadhir Nasar memberitahu pelakon senior, Beto Kusyairy adalah mentor dan gurunya. Berikut adalah kapsyen yang ditulis bersama muat naik foto Nadhir Nasar dan Beto Kusyairy ini:

“Small catch up one with my brother, guru & mentor”

Sponsored

Ini pula adalah muat naik dengan paparan dua pelakon hebat, Nadhir Nasar dan Beto Kusyairy yang dikongsikan di Instagram ini:

Perkongsian foto dua pelakon hebat ini telah menjadi perhatian ramai. Malah meninjau di ruangan komen, ramai juga yang mengatakan Beto Kusyairy dan Nadhir Nasar ini kelihatan seiras seperti adik-beradik.

Sponsored

Selain itu ada juga yang mengatakan gaya lakonan kedua-duanya hampir sama membuatkan ramai yang suka dengan bakat mereka ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Patut lah kemaih berlakon, mentor bukan calang2 matt”

“Muka Beto & Nadhir samalah nampak macam adik beradik betul”

“Saya pun rasa sama bila pertama kali tengok lakonan kamu. Saya kata dia nampak sama macam Beto, bukan personaliti yang dimaksudkan tapi cara Nadhir berlakon dan nampak semulajadi…”

“Diorang ni adik beradik kandung ke tolong la sape sape jawab haha”