Pertama Kali Nad Zainal Muncul Dalam Live, Ramai Yang Terus Doakan Kesihatannya

Sponsored

Ramai yang tertanya-tanya akan keadaan terkini Nad Zainal selepas dilaporkan dalam keadaan tidak sihat sejak beberapa minggu yang lalu. Pelakon berbakat besar ini akhirnya muncul di khalayak dengan mengadakan sesi live menerusi akaun TikTok miliknya malam tadi.

Dalam sesi siaran langsung (live) tersebut, Nad Zainal kelihatan masih mengah ketika bercakap. Buat pertama kali Nad Zainal muncul setelah sebulan menerima rawatan di hospital akibat pendarahan paru-paru, ramai yang syukur melihat pelakon jelita ini.

Sponsored

Dalam sesi live berkenaan, Nad Zainal berkongsi akan keadan ibubapanya dan anak-anak semasa dirinya dalam fasa tidak sedarkan diri.

Berikut adalah rakaman sesi live buat pertama kali Nad Zainal muncul menjelaskan keadaanya terkini:

Sponsored

Dalam rakaman tersebut Nad Zainal akui kemungkinan sesi tersebut akan menampakkan dirinya tercungap-cungap. Malah dia juga sempat mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

Selain dari itu, Nad Zainal turut akui kejadian dia bertarung nyawa hampir sebulan membuatkan dia lebih hargai diri sendiri dan menjaga kesihatannya.

Sponsored

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok Nad Zainal:

“Alhamdulillah..Syukur Nanad dah semakin sihat..Always take care ok Nanad sayang”

“Dia tahan nangis dan cuba tak nangis”

“Allah beri peluang kedua..Gunakan sebaik mungkin. Buat yang terbaik, perbaiki diri”

“Alhamdulillah akak dah sihat. Banyakkan rehat jangan buat kerja berat dan semoga cepat sembuh”