Lelaki Mengamuk Flight Delay Di Lapangan Terbang, “8 Jam Wey Sapa Tak Baran”

Sponsored

Buat yang pernah alami situasi flight delay berjam-jam lamanya pasti akan faham bagaimana rasanya. Baru-baru ini tular satu video seorang lelaki mengamuk kerana flight delay ketika di lapangan terbang.

Rakaman lelaki tersebut telah diambil oleh seorang penumpang kapal terbang sama yang berada di lokasi kejadian. Dalam video itu dilihat seorang lelaki dan beberapa penumpang lain berada di kaunter.

Sponsored

Kedengaran suara lelaki itu mempersoalkan mengenai flight delay tersebut dan mengapa tiada makluman mengenainya.

Berikut adalah rakaman tular lelaki mengamuk flight delay yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok dengan akaun nama opmchimmy ini:

Sponsored
@opmchimmy

Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair

♬ original sound – Chimmy – Chimmy


Di ruangan kapsyen video tersebut, pengguna media sosial ini memberitahu pesawat yang sepatutnya mereka naiki itu berlepas pada jam 2335 (11.35 malam) 22 Disember 2022. Namun pesawat itu ditunda sehingga jam 0740 (7.40 pagi) 23 Disember tanpa sebarang pengumuman.

Dalam video yang dimuat naik itu juga turut kedengaran lelaki tersebut meminta pihak pengurusan bertanggungjawab terhadap para penumpang yang keletihan terutamanya kepada warga emas yang tidak berapa sihat.

Sponsored

Selain itu kedengaran penumpang lain menepuk tangan tanda setuju dan beri sokongan kepada lelaki tersebut yang mewakili mereka. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai isu ini seperti berikut:

“Flight delay xpe ye..Penumpang lambat seminit dua korang reject boleh pulak ye..Adil ke tak adil?”

“8 jam wey sapa tak baran”

“Cuba kalau penumpang yang lewat 8 saat”

“Kalau 8 jam memang menguji kesabaran orang lah. Dari penyabar boleh berdiri atas kaunter tu”