Netizen Meluat Ruangan Komen Nadhir Nasar Dipenuhi Komen Gadis ‘Menggeletis’, “Gelinya Baca…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon yang sedang meningkat naik Nadhir Nasar memuat naik sebuah hantaran di Twitter. Di dalam perkongsian itu, Nadhir memaklumkan terdapat episod baru drama High Council yang belum ditayangkan lagi tersebar luas di platform Tik Tok.

Pelakon itu turut meminta bantuan orang ramai untuk membuat ‘report’ pada mana-mana akaun yang memuat naik episod terbaru itu secara haram. Difahamkan, ada beberapa babak dari episod terbaru drama itu dikongsikan di Tik Tok walaupun ia belum lagi ditayangkan di televisyen.

Sponsored

“Minta kerjasama semua kalau ada clips yang belum lagi ditayangkan jangan sebarkan dan report.”

Hantaran yang dimuat naik di Twitter itu turut meraih perhatian netizen malah ramai juga yang bersetuju dengan cadangan Nadhir meminta orang ramai tidak menyebarkan konten tersebut. Tambah netizen, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini sememangnya tidak patut dan perlu disekat segera.

Sponsored

Namun di sebalik isu ini, netizen meluahkan rasa meluat apabila ruangan komen di hantaran itu dipenuhi dengan komen-komen menggeletis dari kaum wanita. Berdasarkan tinjauan, ada yang menggunakan panggilan seperti sayang, ayang, baby kepada pelakon itu di mana ramai menganggap ini adalah satu bentuk gangguan buat Nadhir.

Reaksi netizen

Ramai yang menganggap komen-komen menggeletis yang ditinggalkan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia kelihatan tidak sopan dan pastinya membuatkan Nadhir tidak selesa melihatnya. Dalam masa yang sama, ramai yang berpendapat jika perkara ini berlaku kepada pelakon wanita, sudah tentu ia akan menjadi satu isu besar.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter