Tular Video Aeril Puji Pelakon Wanita Lain, Wawa Zainal Akui Tak Kisah, “Saya Okay Je…”

Sponsored

Baru-baru ini, Aeril Zafrel berkongsikan tentang personaliti pelakon Sophia Albarakbah yang menjadi bualan hangat susulan kontroversi di antara pelakon wanita itu dan Aliff Aziz sebelum ini. Video temu bual itu juga kemudiannya tular dan meraih perhatian netizen.

Menurut Aeril, Sophia mempunyai karekter yang manja dan lemah lembut ketika bercakap, oleh itu mungkin ada yang akan mudah jatuh hati dengan pelakon wanita itu. Difahamkan, Aeril pernah bergandingan dengan Sophia di dalam sebuah drama yang turut dibintangi Hana Delisha dan Izzue Islam.

Sponsored

Susulan video yang tular itu, netizen turut tertanya-tanya tentang reaksi Wawa Zainal dengan pendapat yang dikongsikan oleh suaminya ini. Malah di ruangan komen juga, netizen meluahkan rasa risau tambahan pula pelakon wanita itu terpalit dengan kontroversi rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Reaksi Wawa Zainal

Sedar namanya menjadi bualan, Wawa memuat naik hantaran di Instagram Story menjelaskan dia tidak kisah dengan video temu bual suaminya itu. Malah Wawa memberitahu Aeril hanya berkongsikan tentang personaliti rakan pelakonnya sahaja memandangkan mereka pernah berlakon bersama-sama sebelum ini.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Wawa berkata dia berasa hairan apabila ramai yang bertanyakan sama ada dia tidak terkesan dengan penjelasan Aeril tentang Sophia Albarakbah itu. Tambah Wawa, dia tidak kisah jika suaminya itu memuji pelakon wanita lain dan meminta netizen untuk berhenti bertanya tentang reaksinya.

“Sejujurnya, waktu mula-mula tengok video itu saya okay saja. Tapi bila ramai sangat netizen membuat spekulasi, ‘bini dia okaykah?’ dan macam-macam lagi, saya terus rasa normal atau tidak apabila saya tidak rasa apa-apa. Jadi saya buat-buat merajuk sekejap.”

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.