“Professional parents”- Netizen seronok tonton Nabila, Sharnaaz & Jebat dalam satu video

Sponsored

Umum mengetahui meskipun sudah berpisah pelakon, Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila tetap berkawan baik demi anak tunggal mereka yang diberi nama Jebat Jayden. Seperti baru-baru ini tular rakaman Sharnaaz Ahmad menghantar dan juga tetap menyambut kepulangan anaknya ketika menunaikan Umrah bersama Noor Nabila di lapangan terbang.

Tidak terlepas momen sebegitu, netizen memberikan pujian terhadap sikap Sharnaaz Ahmad yang tidak pernah terlepas meluangkan masa bermakna dengan Jebat Jayden yang mana dia dilihat sentiasa bersama dengan anaknya itu.

Sponsored

Namun begitu, terbaharu akui netizen tersenyum sahaja dari awal sampai habis rakaman video dia bersama Noor Nabila dan Jebat Jayden dalam sebuah iklan. Ramai yang tidak menyangka kemunculan mereka pula dalam video satu jenama popular ini.

Melihatkan rakaman video tersebut yang turut tular mendapat sorotan ramai memaparkan Jebat Jayden juga petah bercakap. Pun begitu, rakaman video dikongsikan ini membuatkan ramai menyifatkan Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad ibu bapa terbaik untuk anaknya sekali gus menjadi contoh positif.

Sponsored

Sementara itu, ruangan komen di hantaran lain video tersebut juga membuatkan ramai menghujani pelbagai reaksi memuji Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad.

‘Dari awal video sampai la habis, senyum je aku…’

Sponsored

‘Hebat mereka jadi orang tua kepada Jebat. Ego tak besar, tau mana tanggungjawab…’

‘Tak semua mak ayah lepas berpisah macam ni terbaik. Untuk demi anak- anak’

‘Professional, walaupun dah berpisah still bagi kebahagiaan kat anak…’