“Shu takde buka”- Shuhada baru lancar biskut, dah ada ‘scammer’ ambil peluang

Sponsored

Baru-baru ini, Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri telah melancarkan perniagaannya iaitu biskut dibawah jenamanya, Satu Tak Cukup. Biskut Shelup Shelupnya juga mendapat perhatian ramai di media sosial.

Meskipun ada yang mempersoalkan tentang harga produk biskut tersebut namun Shuhada telah menjelaskan bahan premium yang digunakan. Walau bagaimanapun, biskut Shuhada mendapat sambutan di media sosial dan ramai memberikan sokongan kepada wanita ini.

Sponsored

Namun begitu, terbaharu nampaknya selepas beberapa hari biskutnya dilancarkan, timbul pula beberapa individu dipercayai scammer yang cuba mengambil kesempatan dengan perniagaan Shuhada. Dengan pantas, Shuhada juga menguar-uarkan di ruangan Instagram Story dan memberikan penjelasan tentang beberapa akaun Instagram yang menggunakan jenama biskutnya itu.

Ujar Shuhada dia tidak membuka agent mahupun dropship dan berkongsikan page dari scammer. Shuhada bagaimanapun meminta pertolongan ramai agar membuat report tentang page tersebut.

Sponsored

“Page ini adalah page scammer ya. Shu takda buka agent atau dropship. Please tolong Shu report page ni ramai-ramai. Dia ada bagi link whatsapp untuk jadi agent.

“Stock Shelup-Shelup Raya box 179 dah sold out. Shu dah tutup order untuk beri ruang pada next package yang akan Shu announce kejap lagi. Harap takda siapa yang terpedaya dengan makhluk disebalik account ni,” ujar Shuhada yang dalam pada itu berharap tiada yang terpedaya dengan scammer tersebut.

Sponsored
SumberShuhada