Syamsul Yusof ‘Sporting’ Layan Peminat, Netizen Kesian Tengok Keadaan Terkininya, “Nampak Serabut Tu…”

Sponsored

Ramai yang sedia maklum dengan kemelut rumah tangga yang dialami pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Selepas berita pernikahan kedua pengarah filem itu dikongsikan, segala tumpuan dan perhatian netizen diberikan terhadap kedua-dua selebriti terkenal ini.

Baru-baru ini pula, tular di platform Tik Tok rakaman seorang peminat yang sempat bertemu dengan pengarah filem itu semasa dia sedang melakukan penggambaran di sebuah kawasan. Difahamkan, pada ketika itu Syamsul Yusof sedang menyiapkan penggambaran filem terbarunya, The Original Gangster.

Sponsored

Kemunculan Syamsul di situ kemudiannya menarik perhatian orang ramai yang berada di tempat tersebut malah ada juga yang mahu bergambar bersamanya. Tidak kekok dengan situasi itu, Syamsul dilihat sempat melayan beberapa peminat yang hadir dan merakamkan gambar bersama mereka.

Mesra layan peminat

Namun apa yang menjadi perhatian ramai ialah keadaan terkini pengarah filem itu yang dilihat semakin kurus dan tidak terurus susulan kemelut rumah tangga yang berlaku di antara dia dan Puteri Sarah. Malah ada juga yang memberitahu pengarah filem itu kelihatan serabut dan kusut berbeza dari dahulu.

Sponsored

Netizen luah rasa simpati

Meninjau di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa simpati melihat keadaan terkini pengarah filem itu yang pastinya terkesan dengan masalah yang menimpa rumah tangganya. Dalam masa yang sama, orang ramai turut mendoakan yang terbaik untuk Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah.

“Nampak serabut tu.”

Sponsored

“Harap Sarah dapat suami yang lagi baik dan bertanggungjawab…”

“Air muka macam banyak masalah dia fikir. Macam susut je badan tapi tetap sporting layan peminat.”

Sekadar info, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof susulan kemelut rumah tangga yang mula diperkatakan empat tahun lalu. Tarikh sebutan pertama kes adalah pada 7 Mac yang akan datang di mana ia merupakan sehari sebelum tarikh ulang tahun perkahwinan mereka iaitu 8 Mac 2014.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok