Puteri Sarah Bidas Kenyataan Suaminya, “Mengaku Jelah..Benda Baik Tu..”

Sponsored

Kemelut rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof nampaknya masih belum di penghujungnya. Bermula dengan pendedahan Puteri Sarah yang mendakwa adanya orang ketiga dalam mahligai mereka, sejak itu saban hari ada sahaja namanya menjadi buah mulut ramai.

Semalam Puteri Sarah berkongsikan ada yang memberitahunya bahawa Syamsul Yusof sudah bernikah dengan Ira Kazar. Namun sehingga kini masih belum ada sebarang pengakuan dari empunya badan, Syamsul Yusof.

Sponsored

Apa yang digemparkan adalah Syamsul Yusof akan saman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) disebabkan tersebar maklumat peribadinya. Malah pengarah tersohor ini turut mengatakan segala tuduhan adalah fitnah semata-mata.

Bagaimanapun terbaharu, Puteri Sarah bidas perkara tersebut menerusi akaun Instagram Stories miliknya. Dalam muat naik tersebut Puteri Sarah menulis seperti berikut:

Sponsored

Tulis Puteri Sarah bidas perkara tersebut dengan mengatakan sudah tiba masanya untuk Syamsul Yusof akui segalanya.

“Tiber so betullah gosip tu? Ok mengaku je lahkan. It’s time for you to admit everything”

Sponsored

Malah dia juga turut memuat naik dua lagi IGS seperti berikut:

Malah Puteri Sarah turut menasihatkan suaminya itu untuk umumkan perkara sebenar sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk.

“Benda macam ni tiber muncul. Tiber nak saman. For what? Benda baik tu baik umumkan before menimbulkan fitnah dan prasangka buruk from ur own family”

Selain dari itu Puteri Sarah masih menganggap semuanya benar dan bukannya fitnah. Tulisnya lagi kebenaran akan terbongkar.