Beberapa hari lalu kecoh di sosial media apabila Wany Hasrita didakwa hamil apabila ada netizen yang mengatakan penyanyi bersuara lunak itu kelihatan agak ‘berisi’. Dakwaan itu bagaimanapun Wany tidak mengiyakan atau menafikannya.
Menerusi laporan Astro Gempak, Wany Hasrita memberitahu bila masa sesuai dia akan memaklumkan mengenai berita kehamilannya. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Wany Hasrita sedang rehearsal menyanyi di sebuah majlis jenama tudung telah menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian rakaman itu Wany Hasrita dilihat menyanyi sambil memegang belakang badan dan terkadang tangannya memegang perutnya. Ini membuatkan spekulasi netizen mengatakan Wany Hasrita hamil semakin kuat.
Berikut adalah perkongsian rakaman Wany Hasrita nyanyi sambil pegang perut yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu:
Perkongsian rakaman dengan paparan Wany Hasrita nyanyi sambil pengang perut ini telah meraih perhatian warganet. Malah di ruangan komen ramai akui bila di fasa awal kehamilan memang akan terasa sakit pinggang.
Selain ada juga yang mendakwa ibu hamil memang secara tak sengaja sering mengusap perut mereka tanpa sedar. Mungkin sahaja terlalu awal untuk Wany Hasrita umumkan kehamilannya. Siapa tahu bukan?
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
“Anak dia duk joget2 dalam peryt dengar mak dia nyanyi”
“Boleh duet dengan TokTi. Sekali imbas dengar macam suara Tok Ti”
“Kalau prengnant auto tangan tak lepas nak pegang perut even baru berapa minggu. Saya tau pregnant 4 weeks tu pun selalu pegang bawah perut”