Kemelut dan kontroversi rumahtangga pasangan selebriti antara Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof terus hangat diperkatakan. Tidak cukup dengan pendedahan sikit demi sedikit dari Puteri Sarah sendiri, ibu Syamsul Yusof turut mengeluarkan kenyataan mengenai perihal ini di sosial media miliknya.
Ibu kepada pengarah terkenal ini meluah di Instagram sebelum ini yang menceritakan mengenai perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mendapat restu keluarga sepenuhnya. Malah di Instagram Stories, isteri kepada Yusof Haslam ini juga memuat naik seperti berikut:
Tidak pasti tangan kejam yang dimaksudkan olehnya adalah siapa, namun ia menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun menerusi perkongsian Puteri Sarah Liyana pula, pelakon dan model ini memaklumkan sedang bersiap untuk percutian hujung tahunnya.
Dalam muat naik itu, dia menunjukkan pakaian yang sedang dikemaskan. Namun ayat yang ditulisnya telah membuatkan ramai tertarik. Dalam kenyataannya itu dia baru balik dari penggambaran dan maklumkan dia wanita bekerjaya untuk mencari rezeki.
“Cuma I curious kenapa I pulak dikata nak harta suami? Pergi holiday pun guna duit sendiri. Yang sebelah sana tu minta macam-macam. Keretalah duitlah. Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Funny maruah takde kerana duit”, tulisnya.
Berikut adalah perkongsian luahan Puteri Sarah mengenai pihak belah sana minta macam-macam tersebut menerusi akaun Instagram miliknya:
Sehingga kini Syamsul Yusof dan pihak belah sana masih mendiamkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan atau menepis dakwaan tersebut.