Zarina Anjoulie Terima Hadiah Bermakna, Teman Lelaki Hadiahkan Rumah Di Kawasan Elit

Sponsored

Sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie dikatakan kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey. Malah pelakon wanita itu juga dilihat semakin aktif berkongsikan momen bersama teman lelakinya di media sosial.

Baru-baru ini pula, teman lelakinya telah memuat naik beberapa hantaran story di Tik Tok memaklumkan khabar gembira untuk kekasihnya. Menurutnya, dia telah membeli sebuah rumah khas untuk Anju dan juga untuk anak kepada pelakon wanita tersebut.

Sponsored

Lebih mencuri perhatian, rumah yang dimaksudkan itu juga bukanlah calang-calang kerana ia dilihat terletak di dalam kawasan elit. Menerusi gambar yang dikongsikan itu, kelihatan lelaki tersebut menaiki buggy golf bersiar-siar di dalam kawasan perumahan terbabit.

Difahamkan, kekasih kepada Anju ini bukan hanya membelikan rumah untuk pelakon wanita itu malah untuk anak Anju juga iaitu Awang Gabriel Martin Ezra serta anak perempuannya, Julia Sharapova. Dalam perkongsian itu juga, Datuk Seri Khazrul Elzey turut meluahkan rasa syukur dengan rezeki tersebut.

Sponsored

“Papa hadiahkan untuk Mama, Martin dan Poya. Syukur nikmat Allah. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga. I love you mama.”

Menurut Elzey, dia sudah pun menerima kunci rumah dan akan diserahkan kepada kekasihnya Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul. Terdahulu, Anju meminta orang ramai untuk tidak meninggalkan komen merapu tentang hubungannya dengan kekasihnya itu.

Sponsored

Malah dia memberitahu dirinya juga berhak untuk berasa bahagia selepas apa yang berlaku dalam hidupnya selama ini. Sekadar info, sebelum ini Anju mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok