Kemelut rumahtangga antara pelakon dan model, Puteri Sarah Liyana bersama Syamsul Yusof nampaknya masih hangat diperkatakan. Biarpun Puteri Sarah sudah memfailkan penceraian di mahkamah, pelbagai isu yang timbul dan belum selesai membuatkan nama pelakon jelita ini masih disebut-sebut.
Boleh dikatakan insan kuat dan bijak, Puteri Sarah dilihat antara selebriti yang berani bangkit selepas apa yang terjadi dalam rumahtangganya. Malah Puteri Sarah juga semakin murah rezeki dengan menerima pelbagai tawaran sebagai model dan lain-lain.
Terbaharu satu video dengan paparan ketiga Puteri Sarah sedang live ini telah mencuri tumpuan ramai. Manakan tidak, dalam rakaman itu dilihat Puteri Sarah ditanya jika Syamsul terima gelaran Datuk.
“Kak Sarah kisah tak kalau orang cakap nanti Syamsul jadi Datuk, Kak Sarah tak jadi datin?”, begitu soalan yang ditanyakan pada Puteri Sarah.
Menjawab persoalan tersebut, Puteri Sarah dengan selamba menjawab dia tidak kisah pun mengenai pangkat.
“Kenapa I nak kena kisah, title ke apa tak penting untuk I. Yang penting I bekerja, I dapat duit sendiri..I boleh shopping, I boleh bawa anak-anak pergi holiday. So rasa I title is not important, yang penting dalam bank banyak duit.”, jawab pelakon jelita ini.
Berikut adalah perkongsian rakaman ketika live bila Puteri Sarah ditanya jika Syamsul terima gelaran Datuk satu hari nanti ini:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan kata-kata Puteri Sarah mengenai soalan yang ditanyakan ini. Berikut antara reaksi ramai mengenainya:
“Betul tu Sarah. Pangkat tak membawa apa2 makna jika hati tak tenang”
“Betul sangat independent, lebih berkeyakinan dan positive selalu. Ikhlas dengan Allah SWT everthing will be fine”
“Alhamdulillah…Betul sayang..Kuatkan iman, jangan serabutkan itu semua tak menjanjikan kebahagiaan pun..Yang penting tanya hati tu”
“Jadi datin tak penting yang penting hidup bahagia dengan anak tu itu lebih penting”