Semenjak kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan, apa sahaja yang dilakukan Puteri Sarah akan menjadi bualan netizen. Sebelum ini, pelakon itu pernah bercuti ke Tokyo bersama anak-anaknya dan memuat naik momen percutian mereka di Instagram.
Namun baru-baru ini, tular pula dakwaan dari netizen yang mengatakan percutian tersebut telah ditaja oleh suami pelakon itu, Syamsul Yusof. Di dalam video yang kini menerima empat juta tontonan itu, Puteri Sarah memberikan respon apabila ada yang mengatakan Syamsul memberikan duit belanja sebanyak RM1 juta untuk percutian itu.
Malah Puteri Sarah turut ketawa besar melihat soalan yang diajukan oleh netizen ini dan mengatakan perkara itu lambat lagi untuk terjadi atau barangkali mustahil untuk berlaku. Reaksi spontan dari pelakon itu turut meraih perhatian netizen yang memahami perasaan Puteri Sarah yang mungkin terkedu dengan dakwaan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menganggap reaksi pelakon itu yang spontan ketawa besar juga seolah-olah memendamkan perasaan di hatinya. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan konflik rumah tangga pasangan itu dapat diselesaikan dengan cara baik dalam masa terdekat ini.
“Cara dia ketawa pun dah tahu selama ni apa je yang dia dapat dari laki dia tu yang terketawa tu.”
“Sarah bukan ketawa kelakar tapi ketawa pendam dalam, wajah dia tak happy pun.”
Terdahulu, proses perdamaian bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof gagal mencapai kata sepakat. Pelakon wanita itu nekad meneruskan keputusannya untuk bercerai dan akan menggunakan hakam sekiranya Syamsul masih tidak mahu melepaskannya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.