“Puteri Sarah Minta Jumlah Mutaah Tinggi Yang Tidak Dapat Dipersetujui…” – Peguam Syamsul Yusof

Sponsored

Macam yang diketahui ramai, konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof kembali menemui jalan buntu apabila pengarah filem itu tidak jadi melafazkan cerai hari ini. Difahamkan, ada beberapa isu yang tidak dipersetujui oleh Syamsul dek kerana terdapat perubahan dalam perjanjian mereka.

Menurut peguam syarie yang mewakili Syamsul, Mohd Azmi Rais, terdapat beberapa perubahan terma dalam draf persetujuan yang dicapai sebelum ini. Antara punca utama Syamsul tidak melafazkan cerai adalah kerana Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap keluarga Ira Kazar.

Sponsored

“Puteri Sarah juga meminta jumlah mutaah tinggi yang tidak dapat dipersetujui oleh Syamsul. Walau bagaimanapun, kami ada mencadangkan beberapa terma lain, tetapi tidak dipersetujui. Jadi, dari segi penyelesaian tidak ada dan itu adalah punca kenapa kes ini masih berlanjutan.”

Difahamkan, Syamsul juga tidak bersetuju dengan jumlah mutaah yang tinggi diminta oleh isteri pertamanya ini. Selain itu, Mohd Azmi memaklumkan proses jawatankuasa Pendamai (JKP) tidak menepati rang Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sponsored

“Sepatutnya JKP itu dijalankan secara serentak maksudnya, pengerusi JKP, suami isteri dan wakil-wakil serentak dan bukannya secara berasringan kerana wakil-wakil tidak tahu apa yang pihak sini nyatakan begitu juga sebaliknya.”

@ohbulanofficial

Replying to @zai.majid PS tetap mahu ambil tindakan terhadap keluarga Kazar.. #ohbulan #fyp #puterisarah

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Dalam masa yang sama, Mohd Azmi menegaskan isu JKP ini hanya timbul hari ini selepas kata sepakat gagal dicapai pasangan tersebut. Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjalani sesi JKP secara berasingan bersama wakil masing-masing sebagai salah satu usaha untuk berdamai namun rundingan itu gagal mencapai kata sepakat.

Sponsored

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.