“Terer betul”- Azhar Sulaiman menari dihadapan orang ramai, peminat mengadu dekat Leona

Sponsored

Satu muat naik video membuatkan pelakon senior, Azhar Sulaiman menjadi perhatian warganet sehingga mencuit hati mereka. Sebut sahaja nama pelakon ini tentu ramai yang mengenali apatah lagi dia antara pelakon lelaki senior yang begitu disukai kerana bakatnya.

Di media sosial pula, Azhar Sulaiman dilihat semakin aktif berkongsikan pelbagai content buat tatapan umum. Namun begitu, kali ini content dalam video dimuatnaiknya kali ini mencetuskan orang ramai tidak dapat menahan ketawa mereka.

Sponsored

Content Azhar Sulaiman cuit hati ramai

Manakan tidak, dia dilihat menari dihadapan orang ramai dan gelagat sporting Azhar Sulaiman ini membuatkan dia menjadi perhatian dengan ditinggalkan ribuan tanda suka serta ratusan reaksi.

Sponsored

Ada juga yang terhibur dan tidak menyangka dengan gelagat Azhar Sulaiman yang selamba menari dihadapan orang ramai ini. Ada juga yang berseloroh mengadu tentang kelakuannya itu kepada anaknya yang juga merupakan personaliti media sosial terkenal, Kasih Iris Leona.

Perkongsian Azhar Sulaiman itu membuatkan peminat dan warganet juga tercuit hati dengan gelagat selambanya dan tidak menyangka dia seorang sempoi.

Sponsored

Leona apa kelas menari kat tangga rumah jer, Mami ni lagi power weh. Hahaha

Aku tak larat nak gelak mula-mula tengok rasa macam energetic. Lama-lama tengok dah rupa Mr. Bean menari pulak

Perghh nak lawan Leona ke tu

Ada-ada saja, hebat