Isu kemelut rumahtangga pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi dengan Nurul Shuhada nampaknya semakin hangat. Hari ini Hafidz Roshdi memberikan surat terbuka kepada Shuhada dan menuntut permohonan maaf kerana dikatakan telah memfitnah keluarganya.
Susulan itu, Shuhada yang juga ibu kepada dua anak ini memilih untuk memberi kenyataan balas terhadap surat berkenaan dengan enggan menuruti permintaan Hafidz Roshdi itu.
Bahkan Shuhada turut mendedahkan dirinya rasa dikhianati dengan perbuatan keluarga bekas suaminya itu kerana mengetahui Hafidz Roshdi telah pun bernikah satu lagi tanpa izinya.
Bagaimaapun, menerusi ruangan komen muat naik surat terbuka buat Hafidz Roshdi itu kelihatan satu tulisan oleh Puteri Sarah Liyana telah mencuri perhatian ramai. Dalam komennya itu, Puteri Sarah sokong keputusan Shuhada.
Malah meninjau di ruangan komen Instagram, nampaknya rata-rata netizen turut memberikan sokongan penuh kepada Shuhada atas apa yang menimpanya itu. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen Puteri Sarah sokong keputusan Shuhada tersebut:
“Kami dari persatuan wanita cantik tapi dicurangi menyokong sepenuhnya Shuhada untuk sama je ex suami tak berguna itu”
“Lawan! Makin hari makin banyak kes penyondol ni sampai huru hara habis rumahtangga orang..Hak wanita makin dipijak2”
“Puteri Sarah Liyana wanita wanita kuat..”
“Hakak pun ada sentiasa mengiringi doa di belakang wanita2 yang dicurangi. Hakak pun pernah merasa dicurangi time preggy anak bongsu 2 bulan memang sakit sangat”