Puteri Sarah tahan sebak di MeleTOP, “Sampai dia diam sekejap”

Sponsored

Pelakon, Puteri Sarah Liyana pada malam tadi tular di media sosial selepas kemunculannya di rancangan MeleTOP. Ini kerana Puteri Sarah hadir sebagai tetamu jemputan bagi mempromosikan drama terbaharu yang sedang ditayangkan di kaca televisyen berjudul, Andai Itu Takdirnya.

Puteri Sarah memegang watak sebagai Umairah iaitu kawan rapat kepada watak dilakonkan oleh Hannah Delisha sebagai Aleya apabila menjadi ‘mangsa’ suaminya sendiri. Wataknya itu adalah seseorang yang sentiasa ada memberikan semangat dan membantu Aleya.

Sponsored

Walau bagaimanapun, disaat bercerita tentang watak terbabit soalan Nabil Ahmad bertanyakan kepadanya, “So dalam drama, Umairah yang bagi semangat dekat Aleya, in real life siapa bagi semangat dekat Puteri Sarah.” Lalu Puteri Sarah menjawab keluarga dan Allah.

Puteri Sarah bagaimanapun mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong dirinya dan tidak menghakiminya. Kata-kata Puteri Sarah itu ternyata menerima tepukan orang sekelilingnya. Ibu kepada dua orang anak ini juga sempat berkongsikan lagu terbaharu dia bersama rakan dimana kini sedang trending.

Sponsored

“Kita buat lagu untuk wanita,” katanya apabila berbicara tentang lagu terbaharu tersebut. Namun begitu disebabkan dia menerima sokongan luar biasa baginya, dia tidak dapat menahan sebak namun menegaskan semua yang terjadi sudah lepas tetapi sekarang dia jalan terus dan tidak menoleh lagi ke belakang.

Menerusi Instagram MeleTOP pula, ini antara komen yang ditinggalkan netizen buat Puteri Sarah.

Sponsored

Komen Netizen