Puteri Sarah Tergelak Baca Tuduhan Nusyuz Syamsul Yusof, “Nasib Baiklah Aku Ni Simpan Bukti…”

Sponsored

Seperti yang diketahui ramai, konflik rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof tidak menemui jalan penyelesaiannya pada 18 April lalu. Pengarah filem itu enggan melafazkan cerai seperti yang dijadualkan kerana terdapat beberapa perubahan pada draf perjanjian yang dipersetujui.

Sebelum ini, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah yang dikatakan sering menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang. Malah Puteri Sarah juga didakwa mengganggu rumah tangga bekas kekasihnya itu tanpa pengetahuan Syamsul.

Sponsored

Baca tuduhan nusyuz Syamsul

Terbaru, Puteri Sarah memuat naik hantaran di Instagram Story di mana dia meluahkan rasa terhibur apabila dia membaca intipati pertuduhan nusyuz itu. Dia juga berseloroh tergelak sampai hampir jatuh kerusi semasa membaca 44 muka surat tuduhan nusyuz tersebut.

“Baca 44 pages tuduhan nusyuz belah sana. Ya Allah sumpah gelak sampai terjatuh kerusi baca semua tuduhan. Nasib baiklah aku ni sejenis simpan bukti semua yang berlaku.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Puteri Sarah turut meluahkan rasa syukur kerana dia masih menyimpan bukti bagi membela dirinya dari pertuduhan tersebut. Malah dia juga bersyukur apabila ibu mertuanya, Datin Patimah rela menjadi saksi bagi membantunya dalam tuduhan nusyuz itu.

Terdahulu, prosiding lafaz cerai pasangan ini tidak berjaya di mana draf penyelesaian tidak dapat ditandatangani selepas mereka gagal mencapai persetujuan. Difahamkan, jumlah mutaah yang tinggi dan kes saman terhadap Ira Kazar menjadi penghalang kepada perdamaian itu.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram