“Beras pun mesti dah 10k”- Komen tentang jumlah nafkah anak2, reaksi Puteri Sarah jadi tumpuan

Sponsored

Menerusi sumber, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan Syamsul Yusof telah membatalkan hasrat untuk menceraikannya. Hal ini dikatakan sebabnya, dia yang tetap meneruskan saman terhadap madunya, Ira Kazar.

Selain itu, katanya juga jumlah nafkah yang dituntut buat dua anak mereka, Syaikul Islam dan Summayah juga tidak disetujui oleh Syamsul Yusof dan dalam pada itu, pengarah terkenal berkenaan dikatakan meminta pengurangan bayaran nafkah.

Sponsored

Pun begitu, disebabkan hal tersebut Puteri Sarah di Instagram menerima komen ramai dan terdapat beberapa komen yang menarik tumpuan ibu kepada dua cahaya mata ini yang turut diberikan respon olehnya.

Kelihatan seorang individu memberikan komennya tentang jumlah nafkah dan diselitkan ayat kepadanya, “Semoga anda tahu harta takkan bawak kemana.”

Sponsored

Komennya itu membuatkan Puteri Sarah Liyana tidak tinggal diam dan memberikan responnya pula yang mana netizen turut sama memberikan komen pedas tentang kata-katanya itu yang seolah-olah mempertikaikan jumlah nafkah dituntut pelakon ini.

Betul tu. Bagitau dekat belah sana duit tak boleh bawa masuk kubur jadi kenapa mintak discount? Eh kena kat muka sendiri ke fake akaun?

Sponsored

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga memberikan responnya terhadap pertanyaan seorang individu tentang tarikh mula perbincaraan kes saman yang dilakukannya itu dimana kata Sarah pula Ogos nanti bermula.

Sarah nak tanya bila mula bicara kes saman injuksi tu